Selangor lancar Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) seluas 600 ekar

25 Apr 2026, 9:15 AM
Selangor lancar Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) seluas 600 ekar
Selangor lancar Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) seluas 600 ekar

SABAK BERNAM, 25 APRIL: Kerajaan Selangor melancarkan Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) seluas 600 ekar di Sungai Lang dekat sini, hari ini.

ZIPS yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ialah inisiatif strategik di bawah Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) dan akan dilaksanakan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dengan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Projek berimpak tinggi yang terletak berdekatan dengan zon perikanan utama negara, Hutan Melintang Perak itu akan dibangunkan sebagai ekosistem bersepadu yang merangkumi aktiviti akuakultur marin dan air tawar.

ZIPS turut dilengkapi pusat pemprosesan hasil laut, logistik, kemudahan rantaian sejuk beku serta penyelidikan dan inovasi.

Langkah itu dijangka memperkukuh rantaian nilai industri perikanan negeri daripada peringkat pengeluaran hingga ke pasaran.

Kedudukan strategik Sungai Lang turut diperkukuh melalui jaringan infrastruktur utama seperti Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dan Jambatan Sungai Air Tawar–Hutan Melintang mempercepat akses ke pasaran domestik.

Hadir sama pada acara itu ialah EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail, EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop dan Pegawai Daerah Sabak Bernam Sadikin Sadin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619