10 kawasan catat suhu cecah 35 hingga 37 darjah Celsius

9 Apr 2026, 10:14 AM
10 kawasan catat suhu cecah 35 hingga 37 darjah Celsius

KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 4 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat meliputi Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang di Kelantan, selain Jerantut, Temerloh dan Maran di Pahang.

Turut terlibat ialah Kinta (Perak), Gombak (Selangor), Jempol (Negeri Sembilan) dan Segamat (Johor).

Menurut MetMalaysia status suhu Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619