Taska digesa hadkan aktiviti luar, elak risiko cuaca panas

5 Apr 2026, 10:51 AM
Taska digesa hadkan aktiviti luar, elak risiko cuaca panas

SHAH ALAM, 5 APR: Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) digesa mengutamakan keselamatan anak asuhan dengan memastikan mereka berada dalam kawasan terlindung dan kurangkan aktiviti luar susulan cuaca panas ketika ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pendedahan berpanjangan di luar boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak, lapor Berita Harian.

"Bagi taska, kanak-kanak perlu berada di dalam premis dan tidak digalakkan untuk dibawa bermain di luar dalam keadaan cuaca panas ini," katanya.

Pada masa sama, Nancy turut menasihatkan ibu bapa agar lebih peka dengan risiko kesihatan anak-anak akibat suhu tinggi.

“Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat dan tidak terdedah secara berlebihan kepada cuaca panas,” katanya.

Nancy turut menyarankan pengasuh, guru mahupun ibu bapa memberi kefahaman kepada kanak-kanak berkaitan bahaya cuaca panas supaya lebih berhati-hati dalam menjalani aktiviti harian.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas direkodkan sehingga hujung Mac, termasuk tiga kes strok haba serta satu kematian membabitkan kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619