BERITA UTAMA

Keluarga bersyukur Jais segera kebumi jenazah bapa secara percuma

17 Ogos 2021, 2:50 AM
Keluarga bersyukur Jais segera kebumi jenazah bapa secara percuma
Keluarga bersyukur Jais segera kebumi jenazah bapa secara percuma

SHAH ALAM, 17 OGOS: Sebuah keluarga bersyukur apabila pengebumian jenazah bapa mereka diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kurang 14 jam selepas meninggal dunia tanpa bayaran.

Wakil keluarga Muhammad Shah Waliyullah Ruslan berkata bapanya, Ruslan Yaacob, seorang ustaz di sebuah madrasah di Seksyen 13 di sini maut akibat Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kira-kira jam 2.15 pagi, 13 Ogos lalu.

Menurut penjawat awam berusia 24 tahun itu jenazah bapanya diuruskan pasukan pengurusan jenazah Jais bermula dari tayamum hingga ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini.

[caption id="attachment_483832" align="alignleft" width="396"] Ruslan Yaacob (depan kanan) meninggal dunia akibat Covid-19 pada 13 Ogos lalu selepas 10 hari dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Jenazahnya dikebumikan Jabatan Agama Islam Selangor pada hari yang sama. Foto ehsan Muhammad Shah Waliyullah Ruslan[/caption]

"Alhamdulillah pengebumian selesai kira-kira jam 4 petang, semuanya percuma kecuali bayaran pengurusan tanah perkuburan berjumlah RM150.

"Pengebumian jenazah Covid-19 secara percuma oleh Jais sangat baik terutama pada saat sukar kini, mungkin ada waris tidak bersedia berdepan situasi seperti itu," katanya ketika dihubungi.

Muhammad Shah Waliyullah berkata keluarganya juga memuji penjelasan baik oleh wakil Jais berhubung pengurusan jenazah yang dapat mengelakkan salah faham.

3 Ogos lalu, Dato' Menteri Besar dilaporkan berkata langkah Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat memendekkan urusan pengebumian mayat umat Islam tidak melebihi 24 jam.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari pengurusan jenazah oleh Jais itu dapat dilancarkan dengan menjadikan tiga hospital sebagai tempat pengurusan jenazah bagi mengatasi kesesakan bilik mayat sedia ada.

Tiga hospital berkenaan adalah Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan HTAR.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619