BERITA UTAMA

Saringan kesihatan percuma sepanjang Ogos, daftar melalui SELangkah

31 Jul 2025, 1:00 PM
Saringan kesihatan percuma sepanjang Ogos, daftar melalui SELangkah
Saringan kesihatan percuma sepanjang Ogos, daftar melalui SELangkah

SHAH ALAM, 31 JULAI: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri, Selangor Saring akan diteruskan ke sembilan lokasi sepanjang Ogos ini.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata program akan melibatkan lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bermula 9 pagi hingga 3 petang.

Program dijadual berlangsung di:

  • DUN Bukit Antarabangsa, Dewan Dato Ahmad Razali (2 Ogos)
  • DUN Bukit Lanjan, Dewan Komuniti Damansara Damai (3 Ogos)
  • Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) (6 dan 7 Ogos)
  • DUN Morib, Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat (9 Ogos)
  • DUN Sungai Kandis, Dewan Tulip MBSA Bukit Naga (9 Ogos)
  • DUN Paya Jaras, Dewan MBSA Seri Pagi Paya Jaras (16 Ogos)
  • DUN Rawang, Dewan Sungai Bakau (17 Ogos)
  • DUN Teratai, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Teratai (23 Ogos)
  • DUN Bandar Utama, Atria Shopping Gallery (Ground Floor) (24 Ogos)

“Ambil peluang ini, untuk melakukan saringan kesihatan percuma bagi pemeriksaan fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika ada masalah pendaftaran,” katanya menerusi Facebook.

Beliau menyarankan orang ramai mendaftar program Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana saringan ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko individu melalui borang saringan awal di aplikasi.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi empat langkah berikut:

  • Memuat turun aplikasi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)
  • Tekan butang Selangor Saring
  • Isi borang soal selidik
  • Pilih lokasi dan tarikh program

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Ia bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619