AGENSI

Jais sedia tanggung kos pengebumian jika waris tidak mampu

10 Ogos 2021, 4:53 AM
Jais sedia tanggung kos pengebumian jika waris tidak mampu

SHAH ALAM, 10 OGOS: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersedia menampung kos pengebumian mangsa Covid-19 sekiranya waris tidak berkemampuan.

Pengarahnya Dato' Mohd Shahzihan Ahmad berkata pihak hospital boleh berhubung dengan Jais jika berlaku kes sedemikian ketika menguruskan jenazah.

"Namun, setakat ini kita lihat rata-ratanya waris masih mampu untuk bayar tetapi jika ada, pihak hospital boleh hubungi saya dan kita akan bantu," katanya.

Beliau bercakap dalam program Bual Bicara bertajuk Pengurusan Jenazah Covid-19 di Selangor yang disiarkan di YouTube SelangorTV malam tadi.

Pada 2 Ogos, Jais memaklumkan tiada bayaran dikenakan kepada keluarga atau waris bagi setiap pengurusan jenazah pesakit Covid-19 oleh jabatan itu.

Mohd Shahzihan berkata bayaran hanya dikenakan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan termasuk kos membuat keranda jika perlu.

Sementara itu, beliau turut meminta masyarakat agar tidak menyelar agensi terbabit yang didakwa lewat dalam menguruskan jenazah mangsa Covid-19.

"Kita hanya akan mengurus jenazah yang telah dilepaskan hospital kepada kita dan Jais juga hanya mengurus jenazah secara harian dan bukan lambakan," jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619