AGENSI

Jais tambah khidmat NGO-i bantu urus jenazah mangsa Covid-19

10 Ogos 2021, 1:27 AM
Jais tambah khidmat NGO-i bantu urus jenazah mangsa Covid-19

SHAH ALAM, 10 OGOS: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersedia menambah khidmat pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO-i) bagi mempercepat pengurusan jenazah pesakit Covid-19.

Pengarahnya Dato' Mohd Shahzihan Ahmad berkata pertubuhan tersebut perlu mematuhi syarat dan kod etika ditetapkan bagi mengelak keraguan dan fitnah terhadap agensi Islam itu.

"Setakat ini kita ada kira-kira lapan NGO-i dan sedang dalam pertimbangan untuk menambah lagi empat ke lima lagi bagi membantu mengurus jenazah dengan lebih cepat dan sistematik," katanya.

Beliau bercakap dalam program Bual Bicara bertajuk Pengurusan Jenazah Covid-19 di Selangor yang disiarkan di SelangorTV malam tadi.

Sementara itu, Mohd Shahzihan menegaskan tiada caj dikenakan kepada keluarga atau waris bagi setiap pengurusan jenazah pesakit Covid-19 oleh jabatan berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata bayaran hanya dikenakan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan antaranya kos keranda jika perlu.

"Bayaran pengurusan oleh NGO telah wujud sebelum pandemik, terpulang kepada waris untuk buat pilihan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619