BERITA UTAMA

10,000 beg guna semula diagih, galak pulihara alam sekitar

5 Apr 2021, 2:20 AM
10,000 beg guna semula diagih, galak pulihara alam sekitar

SHAH ALAM, 5 APRIL: Sebanyak 10,000 beg guna semula (Bagus) diedarkan ke seluruh Selangor dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik, kata EXCO pengguna.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata langkah berkenaan merupakan kempen kesedaran mengurangkan penggunaan plastik sekali gus menggalakkan orang ramai menjaga kelestarian alam sekitar.

"Proses agihan bermula di Kuala Selangor hari ini (semalam), diikuti Klang sebelum ke daerah lain.

"Kita akan nilai sambutan kempen ini dan sekiranya mendapat maklum balas positif, jumlah Bagus akan ditambah," katanya selepas melancarkan program Bagus di Tanjong Karang semalam.

Menurutnya, masyarakat disaran sentiasa membawa Bagus ketika keluar berbelanja supaya matlamat kempen tercapai.

"Beg plastik menjadi punca utama pencemaran alam sekitar terutama di kawasan parit dan sungai kerana menyebabkan masalah pengairan sumbat serta banjir kilat.

"Hidupan laut juga musnah kerana memakan plastik dan menyebabkan kita kekurangan sumber makanan. Jadi, kita kena pastikan matlamat kempen tercapai dan alam sekitar sentiasa dipelihara," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619