EXCO

Tahap kesedaran rakyat guna beg sendiri ketika membeli-belah masih rendah

25 Apr 2021, 5:01 AM
Tahap kesedaran rakyat guna beg sendiri ketika membeli-belah masih rendah
Tahap kesedaran rakyat guna beg sendiri ketika membeli-belah masih rendah

SHAH ALAM, 25 APRIL: Kerajaan Negeri akan melakukan kajian berhubung tingkah laku masyarakat terhadap penggunaan beg sendiri ketika berbelanja di pasar, pasar raya atau kedai.

EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pihaknya mendapati tahap kesedaran rakyat di negeri ini menggunakan beg sendiri agak rendah.

"Secara rambang, orang ramai masih sedia membayar caj 20 sen beg plastik dan seringkali tertinggal beg sendiri semasa membeli barang.

"Jadi, saya sedang berbincang dengan dua universiti tempatan untuk buat kajian mengenai tabiat pengguna mengapa mereka tidak membawa beg sendiri," katanya.

[caption id="attachment_469321" align="alignleft" width="500"] EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyampaikan bakul makanan kepada Ketua kampung serta asnaf, fakir dan miskin ketika Program Agihan Beg Guna Semula dan Seorang Sekampit Beras di Bazar Ramadan Lorong Haji Said, Jalan Kebun, Shah Alam pada 24 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian pada program edaran beg guna semula (Bagus) dan kempen seorang sekampit beras di tapak pasar malam Kampung Jalan Kebun di sini semalam.

Dalam majlis itu, Zawawi yang juga wakil rakyat Sungai Kandis mengagihkan beras kepada asnaf termasuk beg Bagus dan bubur lambuk untuk peniaga bazar serta orang awam.

Bermula 1 Januari 2017, Selangor melaksanakan kempen Bebas Beg Plastik dan sebanyak RM6 juta dikutip daripada orang ramai menerusi caj 20 sen setakat ini.

Hasil kutipan itu digunakan untuk kempen kesedaran awam dan mendidik masyarakat dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619