BERITA UTAMA

EXCO edar 2,000 beg guna semula untuk peserta Saringan Komuniti

2 Jun 2021, 5:05 AM
EXCO edar 2,000 beg guna semula untuk peserta Saringan Komuniti

KLANG, 2 JUN: Sebanyak 2,000 beg guna semula (Bagus) diedar pejabat EXCO hal ehwal pengguna kepada peserta Saringan Komuniti di Dewan Sukan Klang di sini semalam.

Mohd Zawawi Ahmad Muhgni berkata bahan tersebut diedar sebagai kaedah mendidik orang ramai tidak menggunakan beg plastik dalam urusan seharian.

"Perkara ini sebagai salah satu kempen mengalakkan penggunaan beg guna semula dalam kalangan rakyat Selangor," katanya ketika ditemui pada program Saringan Komuniti percuma di Dewan Sukan Klang di sini semalam.

Bermula 1 Januari 2017, Selangor melaksanakan kempen Bebas Beg Plastik dan sebanyak RM6 juta dikutip daripada orang ramai menerusi caj 20 sen setakat ini.

Hasil kutipan itu digunakan untuk kempen kesedaran awam dan mendidik masyarakat dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619