PBT

Tiga individu didenda langgar undang-undang PBT Kuala Langat

17 Mac 2021, 9:50 AM
Tiga individu didenda langgar undang-undang PBT Kuala Langat

SHAH ALAM, 17 MAC: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengenakan tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang melakukan kesalahan di daerah itu semalam.

Yang Dipertua Dato' Amirul Azizan Abd Rahim berkata individu pertama, juruteknik swasta didakwa kerana membuang bungkusan sampah daun di SP 1, Bandar Saujana Putra.

"Tertuduh dikenakan kompaun RM700 mengikut kesalahan Undang-Undang Kecil 3(a) Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MDKL) 2007 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok," katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, individu kedua yang mengusahakan sarang burung walit tanpa lesen didakwa di bawah Undang-Undang Kecil 3(1)(a), Undang-Undang Penternakan Burung Walit (MDKL) 2013 dan didenda RM1,200.

Amirul menambah individu ketiga pula didenda RM500 di bawah Seksyen 74, Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana membiarkan kediaman dalam keadaan kotor dan bersemak di Taman Sri Putra.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619