PBT

Kilang kertas beri impak ekonomi Kuala Langat

25 Feb 2020, 8:19 AM
Kilang kertas beri impak ekonomi Kuala Langat

BANTING, 25 FEB: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menjangka pembinaan kilang kertas oleh pelabur antarabangsa akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi manfaat kepada penduduk setempat, kata yang dipertuanya.

Mohamad Zain A Hamid berkata selain peluang pekerjaan, perancangan itu juga akan membuka ruang perniagaan kepada peniaga tempatan seperti premis makanan dan pemilik kediaman bagi tujuan sewaan kepada pekerja luar.

"MDKL mahu pekerja tempatan diberi keutamaan apabila kilang itu mula beroperasi dan pada masa sama, kita juga sedang mengkaji impak positif dan negatif pembinaannya daripada Jabatan Alam Sekitar," katanya selepas mesyuarat penuh MDKL di sini hari ini.

Pada Januari tahun lalu dilaporkan, pengeluar kertas terkemuka China, Zhejiang Jingxing Paper Joint Stock Co Ltd bercadang melabur AS$299.4 juta (RM1.2 bilion) bagi membina kilang pengeluaran kertas papan pulpa dan pembungkusan di Selangor.

Cadangan pembangunannya adalah bagi pengeluaran kertas papan pulpa dengan kapasiti tahunan 800,000 tan dan 600,000 tan bagi kertas pembungkusan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619