PBT

Ingkar arahan, MPKL potong bekalan utiliti kilang haram

1 Jul 2020, 8:04 AM
Ingkar arahan, MPKL potong bekalan utiliti kilang haram

SHAH ALAM, 1 JULAI: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) bertindak memotong bekalan air dan elektrik sebuah kilang haram memproses sisa aluminium berikutan ingkar arahan henti operasi.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata tindakan pemotongan bekalan utiliti itu dilaksanakan bersama Jabatan Alam Sekitar, polis, Pengurusan Air Selangor dan Tenaga Nasional Berhad.

"Kita mendapati kilang itu melakukan dua kesalahan iaitu mendirikan struktur bangunan besi tanpa kelulusan bertulis dan menjalankan urus niaga tanpa lesen," katanya dalam kenyataan.

Bagi kesalahan pertama, beliau berkata premis itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70 (13) (C) Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 manakala Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007 (kesalahan kedua).

Katanya, satu notis pemberitahuan UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDKL) 2007 (4) juga dikeluarkan.

"MPKL akan sentiasa memantau dan menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan Kuala Langat bebas daripada aktiviti kilang haram.

"Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pemilik gagal mematuhi peraturan sedia ada. Semua pengusaha kilang diingatkan agar mendapatkan lesen perniagaan terlebih dahulu sebelum menjalankan perusahaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619