PBT

Cukai taksiran MDKL kekal sejak 33 tahun

25 Feb 2020, 12:29 PM
Cukai taksiran MDKL kekal sejak 33 tahun

BANTING, 25 FEB: Kadar cukai taksiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kekal sejak 33 tahun lalu dan tidak pernah dinilai bermula 1987, kata yang dipertuanya.

Mohamad Zain A Hamid berkata setiap pihak berkuasa tempatan perlu membuat penilaian semula cukai taksiran dalam tempoh lima tahun.

"MDKL masih dalam peringkat perbincangan menaikkan cukai ataupun tidak, ia akan dibuat berdasarkan laporan Unit Perancang Ekonomi Negeri yang dikeluarkan pada Jun," katanya pada sidang media selepas mesyuarat penuh MDKL, di ibu pejabatya, di sini, hari ini.

Mohamad Zain menggesa masyarakat mengubah minda seiring dengan status MDKL menuju ke arah majlis perbandaran bermula Mac depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619