AGENSI

Selangor rekod 483 kes Covid-19 dalam tempoh seminggu

18 Okt 2020, 2:31 PM
Selangor rekod 483 kes Covid-19 dalam tempoh seminggu

SHAH ALAM, 18 OKT: Selangor merekodkan 483 kes Covid-19 dari 10 hingga 16 Oktober dengan 474 daripadanya jangkitan tempatan.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata bilangan kes dalam tempoh tersebut menunjukkan corak menaik berbanding 216 kes pada minggu sebelumnya.

"Kenaikan ini boleh dibendung sekiranya setiap warga Selangor mengamalkan penjarakan fizikal, membersih tangan serta memakai pelitup muka pada setiap masa.

"Amalan ini penting bagi memutuskan rantaian serta jangkitan virus," katanya menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu STFC turut mengucapkan syabas kepada petugas kesihatan kerana merekodkan 701 kes sembuh hari ini, tertinggi sejak penularan wabak di negara ini.

"Syabas buat semua warga petugas kesihatan yang disayangi!," katanya.

Kes harian Covid-19 di Selangor menurun kepada 77 kes hari ini berbanding 159 kes semalam.

Secara keseluruhan Malaysia merekodkan 871 kes baharu, tertinggi sejak penularan wabak dikesan di negara ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619