AGENSI

Covid-19: Kes mingguan Selangor naik ketara, tambah lebih 2,000

4 Mei 2021, 7:26 AM
Covid-19: Kes mingguan Selangor naik ketara, tambah lebih 2,000

SHAH ALAM, 4 MEI: Kes mingguan Covid-19 di negeri ini mencatat peningkatan ketara, kata Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC).

Jelas pasukan itu, data pada 17 hingga 23 April menunjukkan sebanyak 4,085 kes direkodkan, namun ia meningkat kepada 6,398 kes pada 24 hingga 30 April lalu.

"Jumlah kes mingguan Selangor bertambah lebih 2,000 berbanding minggu lepas iaitu kenaikan sangat ketara.

"Warga Selangor perlu serius mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan saling berpesan kepada orang ramai berkenaan protokol keselamatan sewajarnya," kata STFC menerusi Twitter.

Menurut pasukan itu lagi, beberapa bazar Ramadan serta sekolah telah diarahkan tutup sepanjang minggu ini bagi mencegah perebakan wabak.

"Sekiranya perkembangan ini tidak dipandang serius dan pematuhan SOP hanya sambil lewa sahaja, ia berpotensi memberi akibat yang tidak menyenangkan kepada ekosistem kesihatan dan juga ekonomi," katanya.

Semalam negeri ini merekodkan 637 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 13,5486.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619