AGENSI

STFC sedia bantu warga emas daftar suntik vaksin Covid-19

22 Mac 2021, 3:00 AM
STFC sedia bantu warga emas daftar suntik vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 22 MAC: Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) sedia membantu warga emas negeri itu mendaftar terima suntikan vaksin Covid-19 bagi memastikan mereka tidak tercicir.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia kerana masih terdapat kira-kira 90 peratus  golongan berkenaan belum mendaftar, lapor Sinar Harian.

Jelasnya, perkara itu berlaku disebabkan sebahagian daripada mereka tidak mempunyai akses aplikasi MySejahtera, kekangan internet selain tidak mengetahui cara pendaftaran secara digital.

Justeru, pihaknya menerusi Kerajaan Negeri akan membantu golongan terbabit membuat pendaftaran melalui pelbagai platform digital dan secara manual.

"Kerajaan Negeri masih di peringkat penyelarasan dan peringkat permulaan ini kita akan membantu pendaftaran suntikan vaksin," kata pengerusi STFC.

Pada masa sama,  Dr Dzulkefly  berkata pihaknya akan turut bekerjasama dengan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi membantu pendaftaran vaksin.

"Pengerusi MPKK akan diberi pendedahan cara bagaimana untuk membantu pendaftaran bagi mereka yang belum mendaftar dengan menggunakan aplikasi atau terus melalui laman web disediakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619