AGENDA

Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia, kebumi di Kuang

8 Okt 2020, 7:26 AM
Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia, kebumi di Kuang

SHAH ALAM, 8 OKT: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam kenyataan berkata, Allahyarham Paimuzi, 59, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

"Jenazah akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kuang, Selangor untuk urusan pengebumian pada petang ini.

"Semoga roh al-marhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-fatihah," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan dimaklumkan allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang.

"Tentatif solat Jenazah dijangka selepas asar di Masjid Kuang kerana menunggu keluarga dari Terengganu.

"Kepada rakan-rakan dan kenalan yang ingin ziarah dan solat jenazah boleh tunggu di Masjid Kuang dan patuhi tatacara operasi piawai (SOP)," katanya.

Semalam, Jakim dalam kenyataan media berkata Paimuzi bebas daripada Covid-19.

Menurut Jakim, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusannya negatif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619