PBT

MPKj gempur peniaga asing, lebih 70 gulung tikar

26 Jun 2020, 8:10 AM
MPKj gempur peniaga asing, lebih 70 gulung tikar

KAJANG, 26 JUN: Lebih 70 peniaga warga asing dikenakan tindakan termasuk barang perniagaan disita Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejak 18 Mac lalu.

Yang Dipertuanya Dato' Zulkefli Khalid berkata tindakan selaras arahan Kerajaan Negeri awal bulan ini yang melarang golongan tersebut berniaga.

"MPKj tidak akan sesekali berkompromi kerana kebenaran niaga hanya diberikan kepada rakyat tempatan," katanya yang menegaskan operasi gempur terus dipergiatkan jika ada yang berdegil.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPKj hari ini, Zulkefli berkata peniaga tempatan boleh dilucutkan hak milik premis dan lesen jika mengupah pekerja warga asing atau memberi kebenaran sewa.

Warga asing tidak lagi dibenarkan berniaga selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan Undang-undang Kecil Penjaja pada 3 Jun lalu.

Golongan itu juga dilarang memiliki lesen perniagaan, menjadi peniaga sementara atau diambil bekerja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619