AGENSI

PBT pantau pasar awam pastikan tiada peniaga asing

25 Mac 2022, 1:00 PM
PBT pantau pasar awam pastikan tiada peniaga asing

PETALING JAYA, 25 MAC: Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan terus memantau operasi pasar awam di negeri ini bagi memastikan tiada warga asing berniaga.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata antara langkah dibuat termasuk meletakkan pejabat PBT di tapak niaga untuk mengawal keadaan semasa.

"Bagaimanapun, bukan semua pasar awam memiliki pejabat ini. Pasar baharu mungkin ada kerana memikirkan keperluan itu berbanding pasar yang sudah lama beroperasi, namun kita tetap pantau.

"Isu warga asing berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab pemilik premis dan Selangor memang tidak pernah benarkan mereka berniaga termasuk di pasar pagi dan malam," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pasar PJKita@Sri Damansara di sini hari ini, satu lagi kemudahan baharu untuk manfaat penduduk sekitar.

Pasar awam yang beroperasi minggu ini menjual barangan basah dan kering selain memiliki medan selera yang dilengkapi aspek keselamatan baik.

Selangor menguat kuasa polisi melarang warga asing berniaga, memiliki lesen atau atau diambil bekerja di pasar awam dan premis kecil sejak 2019.

Tindakan itu bagi memelihara hak warganegara sekali gus menjamin kepentingan peniaga tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619