PBT

MPAJ kompaun lima peniaga gajikan pekerja asing di bazar Ramadan

5 Apr 2023, 3:48 AM
MPAJ kompaun lima peniaga gajikan pekerja asing di bazar Ramadan

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 5 APRIL: Lima peniaga bazar Ramadan bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang menggajikan pekerja asing dikompaun baru-baru ini.

Yang Dipertuanya Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata tindakan itu melanggar syarat dan sekatan yang dinyatakan dalam lesen dengan peniaga boleh didenda maksimum RM1,000.

"Kita akan terus pantau supaya hanya pemegang lesen sahaja yang berniaga dan setakat ini kadar pematuhan mencapai 80 peratus," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memaklumkan tindakan penguatkuasaan itu mengikut peruntukan Undang-undang Kecil 4(4)(c) UUK Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (MPAJ) 2007.

Jelasnya, operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan turut memantau harga, kebersihan dan pemakaian pelitup muka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619