Tular isi RON95 dalam tong plastik, pemilik kenderaan diburu KPDN

24 Mac 2026, 6:22 AM
Tular isi RON95 dalam tong plastik, pemilik kenderaan diburu KPDN

SHAH ALAM, 24 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor membuka siasatan terhadap kes pengisian petrol RON95 menggunakan tong plastik dalam kuantiti besar yang tular di media sosial.

Dalam kenyataan, KPDN memaklumkan pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Skudai mendapati berlaku dua transaksi berasingan melibatkan kenderaan sama.

“Hasil semakan awal mendapati satu pengisian dibuat ke dalam tangki kenderaan, manakala satu lagi diisi ke dalam tong plastik di bahagian but dengan kuantiti melebihi had dibenarkan Pengawal Bekalan Malaysia,” katanya.

Menurut KPDN, siasatan lanjut turut melibatkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta rekod transaksi bagi tujuan pengesahan.

“Sehubungan itu, satu kes dibuka di bawah Subperaturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan pemilik kenderaan akan dikesan serta dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya.

Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta.

Orang ramai juga digalakkan menyalurkan maklumat atau aduan kepada KPDN melalui talian 1-800-886-800, WhatsApp 019-848 8000 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619