SHAH ALAM, 19 MAC: Program Jualan Rahmah (JER) dijayakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor akan bercuti sempena Aidilfitri bermula 19 hingga 25 Mac ini.
Operasi jualan akan kembali seperti biasa pada 26 Mac (Khamis) bagi memastikan kelancaran perkhidmatan serta memberi ruang kepada petugas menyambut perayaan.
Inisiatif berkenaan yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Dalam pada itu, PKPS turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat, dengan harapan sambutan diraikan dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan.
Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.
Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.








