Harga RON97 naik 10 sen, diesel di Semenanjung naik 8 sen

4 Mac 2026, 12:00 PM
Harga RON97 naik 10 sen, diesel di Semenanjung naik 8 sen

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 10 sen kepada RM3.25 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Mac ini, susulan peningkatan harga minyak dunia.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula naik sebanyak lapan sen kepada RM3.12 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Selain itu, harga petrol RON95 tanpa subsidi turut dinaikkan sebanyak lapan sen kepada RM2.67 seliter.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah program BUDI95 pula kekal pada paras RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619