Suspek cubaan rompak kedai emas bertindak sendiri, tiada rekod jenayah lampau

17 Mac 2026, 4:13 AM
Suspek cubaan rompak kedai emas bertindak sendiri, tiada rekod jenayah lampau

SHAH ALAM, 17 MAC: Suspek yang maut ditembak ketika cuba merompak sebuah kedai emas di Petaling Jaya semalam dipercayai bertindak sendirian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata hasil semakan awal mendapati lelaki warga tempatan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurutnya, siasatan lanjut juga setakat ini tidak menemukan sebarang bukti yang menunjukkan pembabitan individu lain dalam kejadian berkenaan.

“Suspek dipercayai melakukan kegiatan berkenaan secara sendirian dan setakat ini siasatan tidak menemui sebarang bukti pembabitan individu lain,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 10.59 pagi semalam, seorang lelaki dipercayai cuba merompak barang kemas di sebuah premis kedai emas dengan bersenjatakan pisau.

Cubaan itu bagaimanapun gagal selepas berlaku pergelutan antara suspek dan pengawal keselamatan yang bertugas di premis berkenaan.

Suspek dilaporkan cedera akibat tembakan yang dilepaskan oleh pengawal keselamatan ketika pergelutan tersebut.

Pengawal keselamatan itu turut mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.

Kedua-dua individu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, suspek disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 11.53 pagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619