Lelaki pandu kereta lawan arus di Petaling Jaya ditahan

28 Feb 2026, 12:45 AM
Lelaki pandu kereta lawan arus di Petaling Jaya ditahan

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Seorang lelaki ditahan selepas memandu sebuah kereta melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mat berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan berhubung kejadian pada 1.15 tengah hari.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 11.28 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis Honda CRV berwarna merah.

"Kenderaan tersebut dipandu secara melawan arus sebelum terlibat kemalangan dengan beberapa kenderaan lain yang melalui jalan berkenaan.

"Kesemua pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu Honda CRV berkenaan berjaya ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohammad Najib Mohd Azaman melalui talian 012-3526147 bagi membantu siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619