NASIONAL

Lebuhraya Guthrie tutup pada 16 September

13 Sep 2018, 3:57 AM
Lebuhraya Guthrie tutup pada 16 September

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 13 SEPT: Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan ditutup sepenuhnya kepada pengguna lebuh raya, pada 16 September (Ahad) ini, bermula jam 3 pagi hingga 2 petang bagi memberi laluan kepada penganjuran GCE Duathlon 2018.

Berdasarkan kenyataan Prolintas, pengguna lebuh raya itu dinasihatan supaya merancang masa dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan berlangsung bagi memudahkan perjalanan.

"Bagaimanapun, Prolintas akan menyediakan penunjuk arah bagi pemberitahuan laluan alternatif di sepanjang Lebuhraya GCE.

"Untuk memastikan kelancaran acara dan laluan trafik, pasukan keselamatan khas akan ditempatkan di beberapa kawasan utama," katanya memetik laporan Sinar Harian.

Pada masa sama, Prolintas memohon kerjasama orang ramai supaya mematuhi arahan dan panduan keselamatan sepanjang penutupan terbabit.

Sebarang maklumat atau pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian bebas tol 1-300-88-0035 dan mendapatkan info trafik terkini menerusi laman Twitter di @GCEtrafik serta layari www.prolintas.com.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619