AGENDA

Kawasan Rehat Bukit Jelutong di GCE ditutup empat bulan

31 Jul 2020, 12:22 PM
Kawasan Rehat Bukit Jelutong di GCE ditutup empat bulan

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Kawasan Rehat Bukit Jelutong di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan ditutup selama empat bulan bermula 3 Ogos ini bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf kemudahan di situ dijalankan.

Dalam kenyataannya hari ini, operator lebuh raya PROLINTAS Expressway Sdn Bhd (PESB) berkata kerja-kerja menaik taraf itu adalah selaras dengan komitmen PROLINTAS untuk menyediakan perkhidmatan optimum kepada pengguna lebuh raya.

“Antara kemudahan yang akan terlibat ialah surau, kaki lima, tandas serta bilik persalinan bayi. Sehubungan itu, pengguna GCE dinasihatkan agar menggunakan kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat Elmina (utara dan selatan) yang beroperasi seperti biasa,” demikian menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan menerusi talian khidmat pelanggan GCE di 1-300-88-0035 atau dapatkan perkembangan terkini melalui Twitter @GCEtrafik atau www.prolintas.com.my dan Facebook PROLINTAS Highways.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619