AGENDA

Dua simpang masuk ke Lebuhraya Koridor Guthrie ditutup tiga bulan mulai Sabtu ini

25 Apr 2024, 1:15 PM
Dua simpang masuk ke Lebuhraya Koridor Guthrie ditutup tiga bulan mulai Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Dua simpang masuk ke Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) di Elmina ditutup selama tiga bulan bermula 27 April hingga 26 Julai depan dalam usaha untuk menambah baik aliran lalu lintas di kawasan berkenaan.

Prolintas Expressway Sdn Bhd (PESB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu melibatkan simpang masuk dari Elmina (Timur) menuju ke arah Rawang dan simpang masuk dari Elmina (Barat) menuju ke arah Shah Alam.

“Susulan penutupan itu, pengguna diminta membuat pusingan U di bulatan yang terletak di kedua-dua arah untuk mengakses susur masuk ke arah Rawang atau Shah Alam.

“Sekiranya langkah ini dilihat berjaya mengatasi isu kesesakan yang berlaku di lokasi, pihak pengendali lebuh raya bercadang untuk membuat penutupan kekal simpang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

PESB berkata penutupan itu telah dibincangkan dan dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa tempatan, pembangunan hartanah dan persatuan penduduk.

“Hasil perbincangan mendapati bahawa pengguna yang menggunakan simpang terbabit telah mengganggu aliran lalu lintas dan menyebabkan kesesakan trafik teruk terutama pada waktu puncak,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1800-22-8888 atau e-mel kepada feedback@prolintas.com.my.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619