AGENDA

Kutipan tol di lebuh raya Dash bermula esok

30 Nov 2022, 7:16 AM
Kutipan tol di lebuh raya Dash bermula esok

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, 1 Disember (Khamis).

Dash dalam kenyataan hari ini berkata kadar tol sama dikenakan kepada pengguna yang melalui tiga plaza tol lebuh raya Dash iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara mengikut kelas kenderaan.

“Kadar tol bagi kenderaan jenis kereta ialah RM2.30, lori RM4.60, treler RM6.90, teksi RM1.20 dan bas RM2.30.

"Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID," katanya.

Lebuh raya Dash ialah satu daripada enam lebuh raya kendalian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang.

Pada majlis perasmian pembukaan lebuh raya Dash pada 13 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma bermula 14 Oktober sehingga 30 November.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619