Jinq En pecah rekod kebangsaan, tamatkan karier gemilang dalam sukan renang

16 Dis 2025, 10:23 AM
Jinq En pecah rekod kebangsaan, tamatkan karier gemilang dalam sukan renang

SHAH ALAM, 16 DIS: Olimpian renang negara, Phee Jinq En, menamatkan karier gemilangnya dengan memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 4x100 meter rampaian wanita pada Sukan SEA Thailand, sekali gus menghadiahkan Malaysia momen paling manis dalam sejarah perenangannya.

Jinq En, 28, mengakhiri kariernya dengan catatan 4 minit 12.81 saat, memadam rekod lama 16 tahun milik kuartet diketuai Khoo Chai Lin sejak Vientiane 2009, lapor Stadium Astro.

“Saya telah berusaha sepanjang karier untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam acara ini. Dan akhirnya, dalam perlumbaan terakhir, ia berjaya,” kata beliau.

Acara itu menjadi aksi terakhir Jinq En bersama pasukan negara, menutup babak cemerlang sepanjang lebih sedekad dalam arena renang.

Sejak debut di Sukan SEA Singapura 2015 sehingga persaraan di Thailand 2025, Jinq En berjaya meraih 11 pingat (empat emas, empat perak dan tiga gangsa), menjadikannya antara perenang kuak dada paling konsisten yang pernah dilahirkan Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619