Sukan SEA: Malaysia raih emas acara regu sepak takraw

20 Dis 2025, 7:51 AM
Sukan SEA: Malaysia raih emas acara regu sepak takraw
Sukan SEA: Malaysia raih emas acara regu sepak takraw
Sukan SEA: Malaysia raih emas acara regu sepak takraw
Sukan SEA: Malaysia raih emas acara regu sepak takraw

SHAH ALAM, 20 DIS: Skuad sepak takraw lelaki negara menutup kempen kontinjen Malaysia di Sukan SEA Thailand dengan penuh gemilang apabila meraih pingat emas acara regu pada hari terakhir temasya sukan itu, hari ini.

Berlangsung di Stadium Gimnasium Nakhon Pathom, skuad negara di bawah bimbingan Ahmad Jais Baharun mempamer aksi bertenaga menumbangkan Vietnam 15-9, 15-9 pada aksi final, lapor Berita Harian.

Vietnam sebelum itu melakar kejutan apabila menewaskan Thailand 15-13, 6-15, 15-9 di separuh akhir, sekali gus menafikan final impian antara Malaysia dan Thailand.

Skuad negara pula tidak berdepan masalah mengatasi Indonesia 15-7, 15-10 di separuh akhir.

Ia adalah emas ke-57 diraih kontinjen negara pada temasya edisi ke-33 kali ini yang turut menyaksikan Malaysia memungut 57 perak dan 117 gangsa untuk keseluruhan 231 pingat, sekali gus melepasi sasaran 200 pingat yang ditetapkan sebelum ini.

Regu dibarisi Syahir Mohd Rosdi (tekong), Azlan Alias (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) menunjukkan keyakinan tinggi apabila tidak berdepan masalah untuk memenangi set pertama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619