Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada kontinjen Malaysia

21 Dis 2025, 9:12 AM
Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada kontinjen Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih keseluruhan 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat juang serta komitmen tinggi yang dipamerkan oleh para atlet negara sepanjang berlangsungnya temasya berkenaan.

Seri Paduka Baginda juga berkenan menzahirkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara, barisan jurulatih, pegawai serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan kontinjen negara.

“Pencapaian ini juga menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara serta inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengorak langkah mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi,” titah Seri Paduka Baginda.

Temasya Sukan SEA 2025 yang melabuhkan tirai secara rasmi semalam menyaksikan Malaysia menduduki tempat keempat dengan 57 pingat emas, 57 perak dan 117 gangsa, manakala tuan rumah Thailand mengungguli carta dengan kutipan pingat 233 emas, 154 perak dan 112 gangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619