Agong rasmi Masjid UPNM Sultan Ibrahim, berbuka puasa bersama warga universiti

3 Mac 2026, 3:24 PM
Agong rasmi Masjid UPNM Sultan Ibrahim, berbuka puasa bersama warga universiti
Agong rasmi Masjid UPNM Sultan Ibrahim, berbuka puasa bersama warga universiti
Agong rasmi Masjid UPNM Sultan Ibrahim, berbuka puasa bersama warga universiti

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim, di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 7 malam disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut berangkat Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

Majlis dimulakan dengan Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan Masjid UPNM Sultan Ibrahim dengan menandatangani plak perasmian sebagai simbolik pembukaan rasmi masjid berkenaan.

Sejurus majlis itu, Sultan Ibrahim berangkat menyertai jamuan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama-sama warga UPNM.

Seri Paduka Baginda kemudian berangkat pulang kira-kira 8.10 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619