Empat pemanah lelaki negara sertai program ASIAKOM

25 Feb 2026, 12:57 PM
Empat pemanah lelaki negara sertai program ASIAKOM

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Empat atlet memanah lekaki negara disenarai untuk menyertai program elit ASIAKOM bagi mempersiapkan skuad memanah negara dalam acara compound menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 serta Sukan SEA Malaysia 2027.

Sukan Asia 2026 dijadual berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt ini.

Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) Abdul Hamid Hasan berkata empat atlet berkenaan ialah Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli, Muhammad Syafiq Busthamim dan Aiman Syafiq Tariki.

Beliau berkata projek berkenaan merupakan pelan strategik jangka masa panjang untuk mempersiapkan atlet menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028).

"Projek ASIAKOM pada asalnya disasarkan untuk Sukan Asia, namun kita merancang agar ia bergerak seiring hingga ke Olimpik. Acara compound dijangka dipertandingkan dalam kategori berpasukan campuran di LA2028,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) 2026 di Majlis Sukan Negara di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata pemilihan empat atlet berdasarkan prestasi semasa serta potensi peningkatan ranking dunia dan mereka juga akan menerima peningkatan elaun dan diberi keutamaan menyertai kejohanan dalam dan luar negara sebagai sebahagian daripada pendedahan kompetitif berterusan.

Dalam pada itu, beliau berkata pemilihan atlet wanita untuk digandingkan dalam acara berpasukan campuran akan dibuat selepas Sukan Asia 2026 atau Sukan SEA 2027 bagi memastikan kombinasi terbaik dapat dibentuk menjelang LA2028.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619