AGENDA

Badminton Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke akhir

16 Jul 2023, 3:03 AM
Badminton Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke akhir

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kini semakin hampir untuk memenangi gelaran pertama mereka tahun ini, selepas layak ke final badminton Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, pada Sabtu.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu, hanya memerlukan 35 minit untuk mengetepikan cabaran pasangan pilihan kelima kejohanan dari China Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-14, 21-17, pada perlawanan separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.

Pasangan kembar dari Taiwan Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen menjadi cabaran Sze Fei-Nur Izzuddin di final selepas pasangan pilihan ketujuh kejohanan itu, menewaskan pasangan senegara Lin Yun Chieh-Su Li Wei, 21-17, 21-12, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Pasangan Malaysia itu berpeluang untuk memecah kebuntuan tanpa gelaran selama lebih setahun selepas kali terakhir mereka melakukannya di Terbuka Jerman 2022, dengan menewaskan pasangan dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 23-21, 16-21, 21-14.

Terbuka AS ini merupakan kejohanan pertama buat pasangan ke-53 dunia itu, selepas mereka berpisah pada Februari tahun ini, dan kembali bersama bulan lepas.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619