AGENDA

Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin kecundang pada aksi final

20 Jul 2025, 7:03 AM
Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin kecundang pada aksi final

KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sekali lagi berputih mata apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan pada aksi final Terbuka Jepun 2025 hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Tokyo Metropolitan, gandingan nombor satu dunia itu tidak berdaya mengekang serangan agresif Kim Won Ho-Seo Seung Jae, sekali gus akur tewas 16-21 pada set pertama.

Sze Fei-Nur Izzuddin cuba bangkit pada set kedua mendahului 4-1, namun rentak permainan wakil negara goyah hingga membolehkan lawan menyamakan kedudukan 14-14 sebelum mendahului 15-14.

Kelekaan pemain negara itu membolehkan Won Ho-Seung Jae terus menguasai perlawanan sebelum menoktahkan kemenangan dengan 21-17 untuk meraih gelaran kelima mereka tahun ini.

Won Ho-Seung Jae membawa pulang wang kemenangan USD70,300 (hampir RM298,000) manakala Sze Fei-Nur Izzuddin USD33,250 (RM141,000) selaku naib juara.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619