AGENDA

Sze Fei-Nur Izzuddin beregu nombor satu dunia

27 Mei 2025, 2:53 PM
Sze Fei-Nur Izzuddin beregu nombor satu dunia

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kini bergelar gandingan nombor satu dunia dalam kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Gandingan yang mengumpul 91,090 mata itu memanjat satu anak tangga memintas pasangan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan 90,411 mata selepas beregu Denmark itu gagal mempertahankan kejuaraan di Masters Malaysia minggu lalu.

Kejayaan Sze Fei-Izzuddin itu menjadikan mereka pasangan beregu lelaki Malaysia pertama mencapai ranking nombor satu dunia sejak Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2016 sekali gus menyertai senarai legenda terdahulu termasuk Razif-Jalani, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock.

Januari lalu, Sze Fei-Nur Izzuddin menjuarai Terbuka India namun gagal mengekalkan momentum apabila prestasi mereka dilihat merudum apabila gagal mara ke separuh akhir dalam mana-mana kejohanan selepas itu.

Pasangan itu selepas ini akan beraksi di Terbuka Singapura dan membuka kempen menentang beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.

Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yil kekal di tangga ketiga dunia manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun melonjak satu anak tangga ke kedudukan ketujuh hasil kejayaan mereka muncul juara Masters Malaysia 2025 Ahad lalu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619