AGENDA

BN, PN gugur beberapa timbalan menteri dari senarai calon PRU15

1 Nov 2022, 3:45 PM
BN, PN gugur beberapa timbalan menteri dari senarai calon PRU15

SHAH ALAM, 1 NOV: Beberapa timbalan menteri tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

BN menggugurkan Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Datuk Mastura Mohd Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tugas-tugas Khas).

PN pula tidak mencalonkan semula Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Gabungan itu juga tidak menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Sementara itu, empat menteri BN yang digugurkan seperti berikut: Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara).

Bagaimanapun, calon kerusi Tanjong Karang yang disandang Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar tidak diumumkan.

Calon-calon BN dan PN masing-masing diumumkan Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis yang disiar secara langsung dari Kuala Lumpur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619