AGENDA

Agihan kerusi HARAPAN, BN jangka selesai Februari, tumpu gerak kerja akar umbi

29 Jan 2023, 9:20 AM
Agihan kerusi HARAPAN, BN jangka selesai Februari, tumpu gerak kerja akar umbi

SELAYANG, 29 JAN: Pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional di Selangor dijangka selesai pada Februari.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu segera dilakukan bagi menumpukan gerak kerja di peringkat akar umbi.

"Agihan kerusi kita sedang bincang dan jangka dalam Februari dapat diselesaikan. Sebolehnya kita tidak mahu ada pertembungan sesama Kerajaan Perpaduan.

"Kita faham masing-masing ada pandangan tersendiri tetapi akan dimuktamadkan di meja rundingan dan yakin keputusan dapat dibuat dengan harmoni," katanya.

Terdahulu, beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) di Dewan Rakyat Batu Caves di sini, hari ini.

Berhubung pengagihan lantikan ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar memaklumkan perkara itu akan diputuskan selepas selesai perbincangan kerusi Dewan Negeri.

"Kita selesaikan dahulu kerusi Dewan Negeri sebelum berbincang hal-hal lain kerana ia boleh dilantik sebab ia merupakan kuasa kerajaan memerintah.

"Sekarang kita baru tubuhkan Kerajaan Perpaduan dan mahu tumpukan Pilihan Raya Negeri sebab ia misi lebih penting hendak diselesaikan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619