AGENDA

Pembahagian jawatan HARAPAN-BN di Selangor selesai sebelum Ramadan

1 Feb 2024, 11:01 AM
Pembahagian jawatan HARAPAN-BN di Selangor selesai sebelum Ramadan
Pembahagian jawatan HARAPAN-BN di Selangor selesai sebelum Ramadan

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Isu pembahagian jawatan di antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Selangor dijangka selesai menjelang Ramadan ini.

Menyifatkan ia sebagai perkata biasa, pengerusi HARAPAN Selangor berkata hal itu boleh diselesaikan dengan mudah berikutan wujud persefahaman antara semua pemimpin parti terlibat.

“Saya sudah dapat maklum balas awal daripada mereka dan ada persefahaman dengan semua. Ini bukannya terlalu besar, mungkin hanya laporan berita yang buat ia gempar.

“Sebelum Tahun Baharu Cina saya akan cuba dapatkan masa. Saya ada cadangan tetapi saya ingat sebelum bulan puasa ini kita boleh muktamadkan semua,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Terdahulu beliau bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad meluangkan masa melawat reruai jualan Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di pusat beli-belah Pavillion Bukit Jalil di sini, hari ini.

[caption id="attachment_626564" align="alignnone" width="806"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhamad melawat ke reruai jualan dan pameran ketika majlis perasmian Festival Balik Kampung Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024. Hadir sama EXCO Pelaburan Ng Sze Han dan EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Dato' Menteri Besar juga berkata tiada perubahan terhadap semua jawatan ahli majlis yang telah dilantik bagi memastikan urusan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berjalan dengan baik.

Pada 20 Januari lalu, Pengerusi Umno Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin memutuskan menyerah kembali kuota 20 jawatan ahli majlis PBT kepada HARAPAN.

Megat Zulkarnain dilapor berkata tindakan itu bagi memberi tumpuan kepada 373 jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang dilantik bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619