AGENDA

IDE: PRU hari minggu lonjak peratusan undi, kukuh keabsahan kerajaan

20 Okt 2022, 7:29 AM
IDE: PRU hari minggu lonjak peratusan undi, kukuh keabsahan kerajaan
IDE: PRU hari minggu lonjak peratusan undi, kukuh keabsahan kerajaan

SHAH ALAM, 20 OKT: Peratusan undi yang tinggi dalam pilihan raya umum (PRU) dapat mengukuhkan keabsahan sesuatu kerajaan yang bakal dibentuk, kata Institut Darul Ehsan (IDE).

Menurut Pengurus Kanan Penyelidikannya Khairul Arifin Mohd Munir, majoriti rakyat juga lebih selesa jika pilihan raya diadakan pada hujung minggu berbanding hari bekerja.

Jelasnya, banyak faktor mempengaruhi peratusan turun mengundi melibatkan sikap pengundi, kaedah kempen, mobilisasi kesedaran rakyat dan musim tengkujuh pada November hingga Disember.

"Prinsip ‘kemudahan untuk mengundi’ juga harus dijadikan asas dalam membantu proses mengundi. Sekolah yang terlalu sesak dengan jalan masuk kurang sesuai harus diperluas ke beberapa pusat mengundi tambahan.

"Ini akan mengelak kesesakan lalu lintas dan pengundi beratur panjang. Pusat mengundi perlu diperbanyak bagi memudahkan rakyat turun mengundi berdekatan tempat kediaman," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, beliau turut mengalu-alukan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan penamaan calon dan pengundian pada Sabtu berbanding hari biasa dalam PRU lalu.

Khairul Arifin berharap peluang mengundi pada Sabtu dimanfaatkan rakyat dan melonjak melebihi 80 peratus seperti yang berlaku dalam PRU13 dan PRU14.

"Justeru, cabaran parti-parti politik dan rakyat Malaysia termasuk masyarakat sivil ialah bagaimana membina momentum agar peratusan mengundi boleh dilonjakkan melebihi 80 peratus.

"Adakah faktor hari mengundi pada Sabtu boleh melonjak sikap rakyat untuk berpatisipasi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam proses pilihan raya," katanya lagi.

Terdahulu, SPR menetapkan 19 November sebagai hari mengundi bagi PRU15, penamaan calon pada 5 November sementara pengundian awal pada 15 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619