AGENDA

PM angkat isu pendidikan, budaya bentuk kerangka Negara Madani

20 Jan 2023, 2:10 AM
PM angkat isu pendidikan, budaya bentuk kerangka Negara Madani

PUTRAJAYA, 20 JAN: Kerangka konsep Madani yang digariskan perdana menteri berbekal pengalamannya dalam mengangkat isu penting seperti pendidikan, budaya, ekonomi luar bandar dan bahasa Melayu.

Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata pengalaman panjang itu diterjemah kepada rakyat untuk membawa negara ke arah kegemilangan.

"Perjuangan ini pengalaman panjang sejak beliau di universiti walaupun langkah diambil luar biasa. Apa yang diperjuang bukan tentang sekitar tetapi bagaimana mengarusperdanakan perjuangan tersebut.

"Contohnya daya cipta merupakan salah satu kerangka Madani, ia bukan sekadar perubahan dangkal tetapi perlu diberi nilai tambah yang signifikan kepada sesebuah sistem," katanya.

Beliau berucap sebagai panelis dalam sesi Wacana Membangun Malaysia Madani sempena Majlis Amanat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Panel jemputan lain termasuk Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang membawa tajuk Membangun Negara Madani: Kemampanan dan Kesejahteraan.

Turut dijemput membentang konsep Madani ialah Presiden Kolej Dar Al-Hikmah Prof Datuk Dr Muhd Nor Manuty dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia Prof Dr Haslinda Abdullah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619