AGENDA

Kaji selidik: HARAPAN dahului BN dan PN, 29 peratus responden tidak nyata pendirian

15 Nov 2022, 11:13 AM
Kaji selidik: HARAPAN dahului BN dan PN, 29 peratus responden tidak nyata pendirian
Kaji selidik: HARAPAN dahului BN dan PN, 29 peratus responden tidak nyata pendirian

Oleh FUAD HADINATA YAACOB

SHAH ALAM, 15 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) mendahului parti lain dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) berdasarkan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).

Kajian antara 21 hingga 28 Oktober melibatkan 2,423 responden menunjukkan HARAPAN memperoleh 30.7 peratus, mengatasi Barisan Nasional (27.9 peratus) dan Perikatan Nasional (12.7 peratus).

Bagaimanapun, dapatan yang dibentang Pengerusi IDE Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman hari ini menunjukkan 28.7 peratus responden tidak memberi maklum balas pilihan mereka.

Survei Mood Rakyat Malaysia Menjelang PRU15 membabitkan semua parlimen di Semenanjung Malaysia yang dibuat bersemuka melibatkan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain, semua berusia 18 tahun ke atas.

[caption id="attachment_549575" align="aligncenter" width="711"]
Ketibaan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut ratusan penduduk ketika ceramah perdana gabungan itu di Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada 13 November 2022. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Hasil kajian itu juga mendapati Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tokoh pilihan sebagai perdana menteri dengan 31.5 peratus diikuti Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (24.9 peratus).

Ia diikuti Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin (20.3 peratus), Pengerusi Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad (6.9 peratus) dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (1.8 peratus).

Parlimen dibubar pada 10 Oktober diikuti proses penamaan calon pada 5 November. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian berlangsung pada 19 November.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619