AGENDA

Kaji selidik: Anwar pilihan sebagai PM, atasi Ismail Sabri dan Muhyiddin

4 Nov 2022, 12:20 AM
Kaji selidik: Anwar pilihan sebagai PM, atasi Ismail Sabri dan Muhyiddin
Kaji selidik: Anwar pilihan sebagai PM, atasi Ismail Sabri dan Muhyiddin

SHAH ALAM, 4 NOV: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim tokoh pilihan rakyat sebagai perdana menteri berdasarkan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).

Calon Parlimen Tambun itu memperoleh 29.6 peratus mengatasi Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (25.9 peratus) dan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin (20.7 peratus).

Pengerusi Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menerima 6.8 peratus, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (1.8 peratus) manakala lain-lain pemimpin (15.1 peratus).

[caption id="attachment_547519" align="alignleft" width="431"] Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) merasmikan Peluncuran Buku Membangun Negara Madani Visi dan Kerangka Dasar Reformasi di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada 3 November 2022. Turut sama Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Kaji selidik antara 21 hingga 28 Oktober itu melibatkan 2,423 responden semua parlimen di Semenanjung Malaysia yang dibuat secara bersemuka melibatkan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain, semua berusia 18 tahun ke atas.

Keputusan Survei Mood Rakyat Malaysia Menjelang PRU15 dibentang Pengerusi IDE Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan dalam majlis pelancaran buku Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi di Kuala Lumpur semalam.

Naskhah setebal 187 halaman itu versi bahasa Melayu kepada SCRIPT-For a Better Malaysia yang dilancar pada 2 Oktober. Penghasilan buku berkenaan hasil rangkuman idea Anwar ketika beliau meringkuk di Penjara Sungai Buloh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619