AGENDA

PM: Semua kaum terbela, martabat Islam tanpa pinggir agama lain

27 Sep 2024, 8:12 AM
PM: Semua kaum terbela, martabat Islam tanpa pinggir agama lain
PM: Semua kaum terbela, martabat Islam tanpa pinggir agama lain

KLANG, 27 SEPT: Perdana Menteri menegaskan Kerajaan Madani sentiasa menjaga kebajikan semua kaum bagi memastikan tiada sesiapa tercicir daripada menerima bantuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pentadbirannya juga sentiasa memartabatkan Islam, pada masa sama tidak meminggirkan agama lain.

[caption id="attachment_665312" align="aligncenter" width="759"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam majlis ramah mesra bersama komuniti Westports dan Pelabuhan Klang di Dewan Tan Sri Gnanalingam, Pelabuhan Klang pada 27 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Semua program Islam dijalankan dengan baik dan peruntukan juga bertambah termasuk semalam meluluskan RM76 juta untuk pelaksanaan projek Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz di Bukit Jalil.

“Sebagai Perdana Menteri saya perlu menjaga dan martabatkan Islam kerana majoriti beragama Islam selain merupakan agama Persekutuan,” katanya ditemui pada majlis ramah mesra bersama komuniti Westsports dan Pelabuhan Klang di sini. Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Anwar yang merupakan Menteri Kewangan turut memaklumkan Kerajaan Madani kini sedang ‘mencuci’ semua ketirisan berkaitan rasuah dan penyelewengan.

“Tidak kira siapa dia Tan Sri atau Tun… jika lakukan penyelewengan tangkap, masuk penjara dan dakwa. Saya perlu lakukan untuk menjaga Malaysia supaya terus hebat dan cemerlang.

“Ada mengatakan tindakan diambil kerana dendam walhal ia untuk menghentikannya daripada mengambil kekayaan yang bukan hak,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619