BERITA UTAMA

Selangor mahu pastikan matlamat penubuhan koperasi tercapai

19 Apr 2021, 12:15 AM
Selangor mahu pastikan matlamat penubuhan koperasi tercapai

SUBANG JAYA, 19 APRIL: Tadbir urus koperasi yang ada di negeri ini akan diteliti bagi memastikan matlamat penubuhannya tercapai.

EXCO pembangunan usahawan berkata banyak koperasi memiliki potensi besar serta mencatat kecemerlangan malah ada yang mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Baru-baru ini SKM umum beberapa koperasi negeri Selangor antara yang teratas (cemerlang). Rugi sekiranya kita tidak manfaatkan.

"Kita pernah rancang untuk bagi suntikan dari aspek memperbetulkan semula organisasi jawatankuasa atau model perniagaan mereka. Ini untuk pastikan mereka berjaya," kata Rodziah Ismail ketika ditemui majlis perasmian gerai jualan Koperasi Usahawan Groom Big Selangor Berhad i Subang Parade semalam.

Pengerusi Koperasi Selangor itu berkata koperasi yang cemerlang mampu melaksanakan program sendiri namun perlu mendapat tunjuk ajar.

"Koperasi ini penting kerana kita dapat ubah penduduk selain jadikan ia sebagai ruang atau platform untuk berjaya.

"Sekiranya takut bergerak sendiri, koperasi ini akan memberi kekuatan serta sokongan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619