EXCO

Hijrah terus teroka peluang pemasaran, manfaatkan semua potensi

5 Okt 2023, 7:40 AM
Hijrah terus teroka peluang pemasaran, manfaatkan semua potensi

PELABUHAN KLANG, 5 OKT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) mahu meneroka pelbagai peluang pemasaran dan mengenal pasti platform sesuai bagi melonjakkan ekonomi dan pendapatan usahawan.

EXCO keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata agensi itu enggan menumpukan kepada teknik pemasaran tertentu sebaliknya merangkul semua potensi sedia ada.

“Hijrah akan terus meneroka dan kenal pasti apa jua platform sedia ada, baik di sosial media atau konvesional, asalkan ia boleh membantu melonjakkan ekonomi dan pendapatan usahawan.

“Apa yang paling penting, usahawan dapat manfaat dan tidak tertinggal dalam perkembangan teknologi digital,” katanya selepas merasmikan majlis penutup kursus Strategi Super TikTok 2023 di sini hari ini.

Kursus bawah program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) itu dihadiri kira-kira 40 usahawan komuniti India. Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Normaiza Yahya.

Menerusi kursus selama dua hari itu, peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu pemasaran bagi menguasai dan meningkatkan hasil jualan menerusi aplikasi TikTok.

Sebelum ini, Hijrah menyasarkan seramai 600 usahawan menyertai program Strategi Super TikTok yang dijalankan dengan kerjasama Kumpulan Peransang Selangor Berhad.

Sebanyak 15 kelas disediakan bermula Jun sehingga November ini. Hijrah menyalurkan dana RM300,000 bagi menjayakan program berlandaskan pendigitalan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619