BERITA UTAMA

EXCO: Buku pelan induk bentuk komuniti penjaja lebih tersusun, berdaya saing

12 Feb 2025, 1:27 PM
EXCO: Buku pelan induk bentuk komuniti penjaja lebih tersusun, berdaya saing
EXCO: Buku pelan induk bentuk komuniti penjaja lebih tersusun, berdaya saing
EXCO: Buku pelan induk bentuk komuniti penjaja lebih tersusun, berdaya saing

SHAH ALAM, 12 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan buku Pelan Induk Penjaja Shah Alam (PIPE-SA) 2025-2030.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata buku itu sebagai panduan kepada MBSA bagi membentuk komuniti penjaja lebih tersusun dan berdaya saing seiring era teknologi moden.

"PIPE-SA ini akan dijadikan panduan perencanaan untuk perkembangan sosio-ekonomi penjaja selain dirujuk sebagai penyataan polisi pembangunan prasarana fizikal kawasan perniagaan.

"Peniaga turut menyumbang kepada sektor ekonomi negeri, jadi pentingnya ada panduan jelas supaya kita dapat santuni mereka dari semasa ke semasa," katanya.

[caption id="attachment_686588" align="aligncenter" width="1153"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi bersama peniaja yang menerima permit ketika majlis Penyerahan Permit dan Kit Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2025 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 12 Februari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kit dan Permit Bazar Ramadan 2025 dan pelancaran PIPE-SA 2025-2030 di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, di sini hari ini.

Mohd Najwan berharap pihak berkuasa tempatan lain dapat mencontohi dan mengikut jejak langkah MBSA mewujudkan pelan induk terhadap usahawan sekitar pentadbiran mereka.

"Saya difahamkan MBSA merupakan PBT pertama mewujudkan pelan induk seumpama ini, semoga ia menjadi ikutan PBT lain supaya pembangunan komuniti penjaja terus terbela.

"Saya berharap semua pihak terutama pemegang taruh berkaitan dapat memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan semua strategi dan inisiatif yang dirangka dalam pelan ini," katanya.

[caption id="attachment_686623" align="aligncenter" width="1201"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi bersama komuniti penjaja selepas majlis Penyerahan Permit dan Kit Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2025 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 12 Februari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619