BERITA UTAMA

Selangor Xtiv Virtual diteruskan tahun depan

21 Okt 2020, 12:52 AM
Selangor Xtiv Virtual diteruskan tahun depan

SHAH ALAM, 21 OKT: Selangor Xtiv Virtual diteruskan tahun depan selepas program julung kali tersebut merekodkan 178,081 penyertaan sejak dilancarkan pada Mei.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata Kerajaan Negeri komited menyediakan pertandingan e-sukan selaras dengan kehendak golongan muda masa kini.

"Program ini merangkumi Selangor Xtiv Virtual e-Sport, Selangor Xtiv Virtual Run, Selangor Martial Art Xtiv, Selangor Xtiv Fifa Pro Club dan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking.

"Pada awalnya penganjuran bertujuan menggalakkan masyarakat bergiat aktif sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi melihat sambutan menggalakkan, kita bercadang anjur lagi tahun depan," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata Selangor satu-satunya negeri yang berjaya menganjurkan pertandingan program sukan secara maya berskala besar beserta hadiah.

“Antara peserta luar negara yang menyertai pertandingan adalah dari Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun, India dan Amerika Syarikat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619